Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 3 Oktober 2010

PANDANGAN BARU

SALAM SEJAHTERA KE ATAS SEMUA
Dalam post yang dahulu saya mentakwilkan 'apa - apa yang buruk yang terlintas dihati kita' sebagai syaitan dalam diri kita. Setelah saya menkaji semula lebih tepat bagi saya iaitu segala sifat nafsu yang buruk itu sebagai Iblis yang mengoda. Jika iman kita kuat dan berfikir dahulu pasti kita jadi Insan, jika kita lemah iman dan tidak menguna akal maka jadilah kita syaitan.
Inilah bukti bagi diri saya bahawa kita sentiasa dalam keadaan belajar peningkatan ilmu dan peningkatan cara berfikir. Seperti orang-orang dahulu contohnya Imam Shafie yang mempunyai pandangan awal dan pandangan baru. Kita sebagai orang awam juga perlu lah meningkatkan ilmu dengan belajar dan terus belajar hingga kembali ke Rahmatullah. Ada hadith mengatakan 'berfikir saat itu lebih baik dari beribadat seribu tahun'
Janganlah kita jadi jahil berpegang bulat-bulat pada hadith dan meninggalkan shari'at. Berpegang lah kita pada empat pekara shariat, tarikat, makrifat dan hakikat. Jika ditingal satu maka pincanglah kita.Dan ingat lah pada ayat suci pertama yang diturukan kepada Nabi Muhamad s.a.w 'Iqrak' yang bermaksud bacalah dan ditawilkan sebagai belajarlah.

Dan saya mengingatkan apa-apa yang ditulis disini bukan lah wajib diterima pakai, tapi untuk dikaji dan dibincangkan agar dapat menguatkan iman dan takwa kita kepada ALLAH. Andainya apa yang saya tulisini membingungkan dan menyesatkan akal maka tinggalkan lah , kembali lah kepada al-Quran dan Hadith. DAN SALAM SEJAHTERA KEATAS SEMUA DAN MENDAPAT RAHMAT DAN BARAKAH ALLLAH.

Azazil, Iblis dan Syaitan

Salam sejahtera keatas saudara ku Deep,Terima kaseh atas komen saudara.Yang sebenarnya yang taat itu Azazil dan yang ingkar itu Iblis.
Kenalilah dahulu apa itu Azazil, Iblis dan syaitan. Adapun pada zahirnya Azazil adalah malaikat paling taat dan disyangi Allah, pada hakikat nya ialah sifat nafsu Adam yang paling baik iaitu taat akan perintah Allah.
Manakala iblis itu adalah sifat nafsu yang buruk (ingkar dan melampaui batas), sedangkan syaitan itu ialah perbuatan Adam mengikut telunjuk iblis ketika itu. Sebagai penjelasannya begini, Azazil adalah ketua bagi segala malaikat, bagi saya malaikat itu nafsu-nafsu yang baik (tengok post terdahulu).
Azazil saya mentakwil kan sebagai taat nya Adam pada perintah Allah. Ketika Allah memerintah para malaikat supaya sujud kepada Adam lalu sujud lah mereka kecuali iblis, disinilah saya mentakwil kan iblis itu adalah sifat nafsu yang buruk iaitu engkar akan perintah Allah dan melampaui batas. Pada hakikatnya Adam itu sebenarnya adalah akal yang Allah amnahkan kepada kita, sebab itulah bila iblis menguasi diri kalah lah akal , dan apabila akal menguasai diri kalah lah iblis.
Contohnya makan, apabila kita berkeinginan makan itu adalah nafsu yang baik (malaikat). Godaan iblis (nafsu buruk) ialah ingin makan sepuasnya sehingga melampaui batas apabila kita mengikuti nya jadilah syaitan makan sehingga terlalu kenyang, sedangkan ada hadith mengatakan ‘makanlah kamu ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang’. Apabila kita taat akan perintah Allah jadilah kita Insan.
Jadi akal lah menjadi alat timbang untuk kita memilih jalan malaikat (kebaikan nafsu) atau jalan iblis (keburukan nafsu).
Kisah Adam dan Hawa
Pada mulanya Allah mencipta Adam seorang sahaja, kemudian Adam berdoa kepada Allah supaya dijadikan pasangan baginya, seperti mahluk lain berpasangan.
Maka terciptalah Hawa, dan satu larangan Allah yang pertama buat Adam ialah jangan menghampiri pohon Quldi, dan diceritakan kepada kita Iblis mengoda Adam memakan buahnya, sesetengah ulamak ilmu hakikat menyatakan makan buah itu adalah berlakunya persetubuhan antara Adam dan Hawa sedangkan perbuatan itu haram dilaku di surga pada ketika itu kerana di surga bukanlah tempat untuk lahirkan zuriat maka perbuatan itu ditakwil sebagai syaitan. Jadi iblis ketika itu ialah nafsu sex Adam terhdap Hawa. Apabila Adam kembali sedar akan kesilapan nya maka bertaubat lah ia. Diperintah Adam turun ke dunia menjadi khalifah di bumi, seperti mana yang sudah tertulis sejak Azali lagi.