Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 22 November 2010

SAKIT ITU NIKMAT

SALAM SEJAHTERA untuk semua.Kali ini catitan ku berkaitan dengan sakit. Berapa banyak orang bersyukur kerana sakit. Munkin dalam seratus ada satu. Kenapa? Kerana bagi yang 99 orang itu bagi mereka sakit itu sengsara yang menyusahkan. Jadi mengapa harus bersyukur kerana sakit, lebeh baik mereka mengeluh untuk melepaskan tekanan jiwa sebagai ubat yang mengurangkan rasa sakit.Tanpa mereka tak sedari mereka telah kufur, kerana tidak redha dengan pemberian ALLAH, dan di dalam hati mereka ada 'prasangka buruk' terhadap ALLAH. Pada sangka mereka ALLAH telah menyusahkan mereka dengan pemberian 'sakit'. Berhak kah mereka mempertikai pemberian ALLAH.
Tapi bagi yang seorang lagi sakit itu nikmat yng telah ALLAH berikan, bersyukurlah dia kerana di dlam hati nya sentiasa 'bersangka baik' dengan ALLAH. banya sakit itu satu ujian atau kifarah penebus dosa atau sekurang-kurang nya ia telah men dengar akan kata-kata "ALLAH AMAT HAMPIR DENGAN ORANG SAKIT". Sebagai mana seseorang yang merindu pada orang lain, dan orang yang dirindudatang kepadanya. Begitu juga dengan orang ini, baginya setiap pemberian adalah baik. Hanya pada manusia sahaja mentafsirkan baik buruknya. Apabila ia mendapat sesuatu dan sentiasa berbaik maka akan menjadi baik lah sepanjang hidupnya, begitu juga jika ia sentiasa bersangka buruk maka buruk sepanjang hidupnya.
Kembali kepadea tajuk, sakit itu nikmat, nikmat itu tak diterangkan, hanya dengan orang itu sendiri merasai nikmatnya. Contohnya bila badan kita rasa gatal, maka secara sendiri nya kita menggaru-garu pada tempat gatal itu, semasa kita menggaru terasa nikmat tak dapat diceritakan,itu satu contoh yang agak lucu, tapi fikirkan lah mengapa dalam sakit itu ada nikmat. Kerana semasa kata mengaru, apa yang kita sebut? Tentu ALLAH! ALLAH! ALLAH! Sebenarnya DSIA lah yang memberi nikmat itu, kerana kita memanggil-manggil NYA, memuji-muji NYA dengan ikhlas.
Amat sukar untuk menjelaskan nikmat, hanya orang yang merasi nya saja yang tahu. Dan pastilah ia orang yang redha lagi di redhai ALLAH.
Sampai disini sahaja catitan ku ini, semoga kita termasuk dalam golongan ynag redha dan diredhai. DAN SALAM SEJAHTERA