Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 5 Mei 2011

AKHIR ZAMAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASEH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji-pujian bagai ALLAH yang telah memberi ilmu kepadaku untuk menulis lagi memberi ingat kepada diri ku bahawa DIA lah Yang Maha Benar.
Ingat lah wahai roh dan jasadku dan sekelian yang bernama insan, kita kini berada di akhir zaman dimana ALLAH telah merangkumkan semua zaman terdahulu dan dibentangkankan di zaman ini seperti mana ALLAH merangkumkan segala isi kitab yang diturunkan kedalam kitab AL-QURAN. Al-Quran kitab yang menceritakan yang benar dan terbukti pada zaman kita. Dalam Al-Quran mencerita terjadi nya pembunuhan antara dua saudara pada zaman kita bukan sahaja dua bersauda bahkan anak membunuh bapa sendiri. Dan diceritakan juga perihal kuam Nabi Luth, dihari ini kita melihat kaum itu bebas untuk menjalinkan hubungan sesama jenis bah dibernarkan untuk berkahwin. Dan kisahnya lagi tentang bangsa-bangsa yang bermegah-megah dengan bangunan yang canggeh samalah dengan zaman kita kini.
Dalam hadis pula menceritakan tentang masjid dibina untuk kemegahan bukan untuk beribadah kepada ALLAH.Dan juga perihal ketua-ketua agama berhidmat untuk perutnya sendiri bukan kerana ALLAH, baqnyak lagi bukti-bukti yang telah ALLAH tunjukan kepada kita diakhir zaman ini, dan benarlah kita kini akhir zaman seperti mana yang telah Rasullulah menyatakan.
Tak perlu kita bertanya mengapa jadi begini, tapi fikirlah apa yang perlu kita lakukan, jadi LAKUKAN APA YANG DISURUH DAN LAKUKAN APA YANG DILARANG NYA.