Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 31 Mei 2010

SIAPAKAH KITA ISLAM,KAFIR ATAU MUNAFIK

ISLAM

Semua orang islam tahu rukun islam dan tahu rukun iman tak perlu dihurai dan dihujah. Yang mengikutnya jadi islam sejati yang tak nak ikut jadi la (islam mati).

KAFIR

Kafir terbahgi dua (i) Kafir Ta'at (ii) Kafir Engkar (Laknat)

(i) Kafir taat adalah orang kafir tapi taat pada pemeritahan islam, wajib bagi kita orang islam memberi hak-hak mereka, memberi perlindungan keselamatan dari serangan musuh, memberi bantuan dalam setiap kesukaran dan hak bagi kita mengambil cukai kepala dan bersahabat dengan mereka bagai saudara. (ii) Kafir engkar adalah orang kafir yang tak nak tunduk pada pemerintah islam bah kan menentang pula, wajib bagi kita memerangi mereka.

Kafir adalah satu perkataan atau istilah sangat sensitif bagi setiap orang islam apabila dilontarkan kepada kita, sama ada kita faham atau tidak maksud sebenarnya tak penting, asal saja terkeluar perkataan kafir itu, maka merah padam lah muka berdesing lah telinga dan sanggup mengising lengan baju untuk menjaga maruah kita yang kononnya islam sejati.

Yang sebenarnya kafir adalah istilah dalam bahasa arab yang diambil dari kata yang bermaksud ingkar atau dalam bahasa melayu tak ikut peraturan atau perintah atau sebagainya, kalaulah terlalu banyak melakukan ingkar jadilah kafir dalam bahasa arab.

Contohnya, orang arab Quraih asalnya beriman dengan ALLAH, tetapi mereka ingkar tak nak menerima Nabi Muhamad sebagai Rasulullah maka jadilah mereka kafir. Dalam Al-Quran ada menceritakan sifat kafir ni, lebeh kurang maksudnya "Jika ditanya kepada mereka siapa yang menjadikan bulan dan matahari nescaya mereka menjawab ALLAH" itu buktinya mereka beriman (percaya) kepada ALLAH tapi ingkar dengan ajaran Rasulullah.

Orang Nasrani (kristian) beriman dengan ALLAH dan rasul mereka Nabi Isa dan mengagap Ia sebagai anak tuhan dan tak nak mendengar dan menerima ajaran dan dakwah Nabi Muhamad jadilah mereka kafir seperti dalam Surah Al-Iklas yang bermaksud: "Katakan lah, Dia lah ALLAH Tuhan yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yan bergantung kepada Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan. dan tiada sesuatu pun yang setara dengan Nya.
Jadi mari kita fikirkan dan renungkan adakah kita ini dari golongan islam tulin atau islam ingkar (kafir). Setelah kita mengucap kalimah shahadah, adakah kita telah mengakui Muhamad itu Rasulullah dan mengikuti dan melaksanakan segala ajarannya. Adakah kita ini islam hanya pada nama saja yang diwarisi dari ibubapa kita. Contohnya:
(i) Dalam islam jelas judi itu haram, tapi mengapa kita menjadikan nya HALAM (halal + haram), bukankah itu ingkar.
(ii) Mufti telah mengeluarkan fatwa meletak kalung bunga dan bertakafur di depan tugu itu haram, tapi maseh ada dari kita maseh melakukan nya, bukankah itu juga ingkar.
(iii) Ada antara kita menpersendakan hukum potong tangan, sedangkan dalam islam jelas adanya hukuman itu, bukankah ini juga ingkar.
Maka cukukuplah kita melakukan banyak keingkaran, tidak kah kita jadi kafir?
MUNAFIK (ISLAM + KAFIR)
Ialah orang yang pada zahirnya seperti orang islam tapi bati penuh dengan kebencian pada islam. Contohnya:
Dia mengaku benci pada kaum Yahudi, tapi dalam diam bersahabat dengan mereka, mengikut segala tunjuk ajar mereka, yang nyata memusuhi islam.
Marilah kita bermusahabah diri dalam golongan mana kah kita, fikirkan jangan lah kita menipu diri kita sendiri kerana itu adalah perbuatan yang paling bodoh, jijik dan hina.

Tulisanku ini adalah pendapat peribadi ku bukan untuk rujukkan atau pengajaran, hanyalah untuk dibaca dan difkirkan, diambil yang bermanafaat dan disimpan yang buruk dan jahat untuk diperbandingkan dengan yang elok dan yang baik.

Ahad, 2 Mei 2010

APAKAH ITU POLITK

Dulu semasa aku maseh budak-budak pernah mendengar orang tua-tua bersembang, kalau satu puak tak suka dengan pendapat puak yang lain untuk menutup cerita dikatakan " Aaah itu semua politik ja!!".

Semasa itu aku tertanya apa benda politik tu, aku tak tau apa-apa pun makna politik tu,

Bila aku meningkat remaja terdengar atuk ngan nenek aku bersembang akan hal bapa saudara aku nak nikah lagi, nenek aku tak setuju dengan keputusan bapa saudara aku dia pun berkata "Ah politik dia tu nak menikah lagi".

Terfikir aku "Oo politik mengguna tipu atau helah untuk mendapat sesuatu la".

Dan sekarang bila dah meningkat usia bila selalu aku mendengar ceramah dan kuliah baru aku dapat dan faham bahawa politik tu adalah 'ILMU UNTUK MENTADBIR'

Tak kira la mentadbir negara ka, mentadbir organisasi ka dan yang ramai orang tak sedari mentadbir diri sendiri pun ia tetap dalam linkungan politik.
JADI APAKAH MAKNA POLITIK BAGI ANDA!!!?

Sabtu, 1 Mei 2010

IKHLAS

Ikhlas adalah anugerah dari ALLAH yang tak disedari oleh setiap insan, bila dicari takkan jumpa akan nya ia, tapi bila ia berlalu tanpa kita sedari, kita telah mendapat anugerah IKHLAS tu.Kita memberi atau sesuatu (yang baik) tanpa memikir dan mengharap balasan.
Contohnya:
Kita menolong seseorang melakukan kerja secara sepontan tanpa terfikir apakah perbuatan kita itu akan diberi balasan pahala atau bantuan dimasa hadapan oleh sesiapa atau sesuatu pun jua.
ITULAH SEBENAR-BENAR IKHLAS YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA OLEH ALLAH