Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 2 Mei 2010

APAKAH ITU POLITK

Dulu semasa aku maseh budak-budak pernah mendengar orang tua-tua bersembang, kalau satu puak tak suka dengan pendapat puak yang lain untuk menutup cerita dikatakan " Aaah itu semua politik ja!!".

Semasa itu aku tertanya apa benda politik tu, aku tak tau apa-apa pun makna politik tu,

Bila aku meningkat remaja terdengar atuk ngan nenek aku bersembang akan hal bapa saudara aku nak nikah lagi, nenek aku tak setuju dengan keputusan bapa saudara aku dia pun berkata "Ah politik dia tu nak menikah lagi".

Terfikir aku "Oo politik mengguna tipu atau helah untuk mendapat sesuatu la".

Dan sekarang bila dah meningkat usia bila selalu aku mendengar ceramah dan kuliah baru aku dapat dan faham bahawa politik tu adalah 'ILMU UNTUK MENTADBIR'

Tak kira la mentadbir negara ka, mentadbir organisasi ka dan yang ramai orang tak sedari mentadbir diri sendiri pun ia tetap dalam linkungan politik.
JADI APAKAH MAKNA POLITIK BAGI ANDA!!!?

Tiada ulasan: