Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 1 Ogos 2011

BERPUASA KERANA IBADAT ATAU ADAD

ASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Selamau datang Ramadhan. Diwajibkan bagi orang beriman untuk berpuasa dan berzakat supaya memjadi orang yang bertakwa. Mari lah kita bermuhasabah adakah kerana ibadah atau adad. Kita berpuasa kerana sejak kecil kita diajar bila datang bulan Ramadhan kita terpaksa menahan diri dari makan dan minum disiang hari, bila tiba magrib bolehlah kita makan sepuas - puasnya, bila malam hari menghampiri isha' kita mengungi surau atau masjid untuk bersembahyang isha', sunat taraweh dan sunat witir. Apabila terbit fajar sidek kita menahan diri dari makan dan minun, bila petang kita berbelanja membeli makanan untuk berbuka dengan begitu banyak, maka disinilah kita telah gagal berpuasa dalam ertikata sebenar, kerana mengikut hawa nafsu yang melampau. Maka apa yang kita dapat hanyalah dahaga dan lapar saja. Inilah berpuasa mengikut adad. Kerana memang menjadi adad apa bila kita tak makan dan minum yang terasa adalah lapar dan dahaga.
Jika kita dari awal pagi terbit fajar dengan niat berpuasa menahan diri dari nafsu (keinginan) makan, minum, memandang kepada pekara yang menaikkan nafsu (keinginan) menjaga diri dari melakukan pekara yang membatalkan puasa dan bila tiba waktu berbuka, makan dan minum sekadar untuk membatalkan puasa dan menshukuri nikmatnya dengan iklas tanpa rasa paksaan maka jadi lah ia ibadah yang hanya ALLAH mengetahui nilai dan imbalan nya.
Adakah kedatangan Ramadhan kali ini Ramadhan yang kita tunggu untuk kita jadikan Ramadhan yamg terbaik atau Ramadhan yang datang ini Ramadhan yang tak dapat kita elak kerana sudah termaktub dalam bulan bulan Hijriah. Sesungguh nya Maktab Ramadhan ini adalah tempat untuk kita belajar menshukuri nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita 11 bulan yang lalu, dengan merasa lapar dan dahaga kita patut menshukuri selama 11 yang lepas kita kenyang. Dimalam hari ALLAH telah memberi nikmat kelapangan masa untuk beribadah wajib dan sunat sedangkan 11 bulan yang lepas kita kesuntukkan masa. Di penghujung Ramadhan ALLAH telah memberi nikmat berlapang dada kita membayar zakat fitrah sedangkan 11 bulan yang lepas kita terlalu berkira untuk bersedekah.
Maka dari itu marilah kita jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik untuk kita, kerana Ramadhan yang akan datang belum pasti kita temui. Sesungguh nya ALLAH mengambil kira sesuatu pekerjaan dari atas niat dan keiklasan kita.
WASALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.