Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 30 Januari 2012

BENARKAN AQIDAH KITA

DENGAN NAMA ALLAH YANG  MAHA PENYASEH LAGI MAHA PEMURAH
Segala puji-pujian bagi ALLAH tuhan seruan sekelian alam, kepada Mu lah kami menyembah kepada Mu lah kami meminta pertolongan.
   Sahabat sahabat ku sekelian marilah kita memperbetulkan aqidah kita supaya menjadi orang yang selamat di dunia dan selamat di akhirat. Jangan kita menjadi orang syirik kepada ALLAH. Pernahkah kita bermuhasabah diri berapa kali kah kita mengsyirikkan ALLAH dalam sehari. Terlalu banyak penyebab yang menyebabkan kita menjadi syirik apabila kita tak kembali kepada ALLAH.
   Salah satunya berlaku syirik dalam amalan kesihatan atau perubatan. Dalam pengamal perubatan moden bila ber iktikad amalan boleh menyembuhkan penyakit adalah syirik kerana hakikatnya ALLAH lah yang menyembuhkan. Pernah kah kita terfikir ada pesakit yang sembuh dari sakit, ada yang bertambah berat ada yang sampai membawa maut, padahal tiada yang salah dari segi amalan perubatan yang diamalkan. Bagi kita yang mengakui islam hendaklah apabila menerima musibah kembali kepada ALLAH dahulu dengan megucap " Dari ALLAH kami datang, kepada ALLAH kami kembali" kemudian berdoa supaya ALLAH ampun segala dosa kita, sembuhkan kita dari sakit, lepaskan dari segala musibah. Kemudian berahtiar dan akhirnya bertawakal.
  Bagi orang yang kuat imannya, mengembalikan segalanya kepada ALLAH mudah baginya, tapi bagi orang yang kurang iman di sini sudah terjatuh kepada syirik iaitu tampa kembali kepada ALLAH dan berdoa dia terus meletakkan ahtiar boleh menyembuhkan seperti doktor ini menyembuh kan, ubat ini menyembuhkan. Maka terjadilah dia syirik kerana jahil, jika tiada bertaubat tak terampun dosanya. Pada peringkat ahtiar inilah banyak orang jatuh pada syirik  bila mereka beriktikad, berahtiar di hospital ini boleh sembuh, berahtiar dengan ini boleh sembuh. Di sini lah jatuhnya syirik, bila mereka tidak beriktikad hakikatnya ALLAH lah yang menyembuhkan. Beriktikad bahawa mahluk boleh menyembuhkan adalah syirik. Berahtiar hanyalah sekadar menunaikan tuntutan bukanlah pasti sembuh. Musibah ini adalah satu teguran dari ALLAH supaya kita memperbetulka aqidah kita kembali dengan cara menghidupkan (menyumbuhkan dari sakit) atau mematikan pesakit itu.
   Orang yang sakit dengan asbabnya boleh maut, tapi ALLAH myembuhkan nya tentulah aqidah nya telah betul. Kita selalu dengar orang seperti ini menceritakan pada umum "Mati pasti bagi ku, tapi  ALLAH menhidupkan ku dan menyembuhkan ku atas iktikad ku, Ya ALLAH, Kau lah yang mehidupkan dan Kaulah yang mematikan, Kau yang memberi sakit dan Kau yang menyembuhkan". Di sini aqidah nya benar dan menyampaikan pada yang lain agar yang membenarkan aqidah mereka.
  Orang yang ALLAH mautkan juga sudah tentu aqidahnya telah benar, kerana semasa dia mengelami musibah, hakikatnya dia telah membetulkan aqidahnya. Yang perlu membetulkan aqidah mereke adalah orang yang berurusan dengan pesakit yang maseh hidup ( waris-waris mereka, sahabat-sahabat mereka dan pengamal perubatan doktor jururawat), munkin selama ini mereka beriktikad mahluk boleh menyembuhkan.
  Dalam perubatan islam juga boleh terjadi syirik apabila mereka beriktikad mahluk boleh menyembuhkan, seperti ayat Al-Quran boleh menyembuhkan. Hakikatnya pada ayar itu terdapat ajaran tauhid mengiktikadkan pada ALLAH yang maha kuasa. Bila iktikad kita benar maka ALLAH akan melepaskan kita dari musibah. Kerana itu pengamal perubatan dikala memberi satu amalan hendak lah mereka mengajari tauhid mengiktikadkan kekuasaan ALLAH agar orang yang menerima benar aqidah mereka jangan sampai terjadi syirik.
    Sampai di sini saja coretan saya untuk kali ini semoga kita kembali membetul aqidah kita.
"YA ALLAH hanyalah Kau yang mehidupkan dan mematikan, YA ALLAH terimalah taubat kami tetapkan kami pada jalan yang benar, jauhkan kami dari kesesatan. Dan segala puji-pujian bagi ALLAH seruan sekelian alam, perkenankan lah.