Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 15 Julai 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA AGONG



Apakah itu syaitan yang sebenarnya? Adakah ia mahluk yang berlembaga atau bertubuh halus (ghaib). Jika benar mengapa dalam Al-Quran menyatakan 'musuh kamu yang nyata dan jelas'. Maka aku berfikir tentu ada penjelasannya, jika jelas dan nyata tentu dapat dilihat atau dirasai oleh panca indera kita, dan aku berpendapatbahawa syaitan itu adalah:
i)Syaitan Nyata dan Jelas
Bagi aku syaitan ini adalah segala perbuatan buruk yang kita lakukan, contophnya:
SiA menumbuk SiB, perkataan yang akan keluar tentu 'setan kau', itu jelas dan nyata dari segi perkataan, yang lebih nyata menumbuk itu adalah syaitan. Andainya Si A datang memberi slam dan berjabat tangan, adakah Si B akan berkata setan kepada Si A? Tentu tidak.Andainya seseorang melakukan keburukan dan kejahatan, orang akan mengatakan 'macam setan' yang sebenarnya perbuatan dia itulah syaitan. Semua itu jelas dan nyata bagi semua orang.
ii)Syaitan yang mengalir di dalam darah.
Bagi aku syaitan jenis ini adalah segala niat buruk kita, contohnya:
a) Jika seseorang ada niat melakukan keburukan, mencuri, merompak dan apa sahaja perbuatan buruk jelas bagi dirinya,kerana ada niat. Niat buruk itulah syaitan yang mengalir dalam darah.
b)Ketika kita menunaikan solat berbagai lintasan di dalam hati, 'teringat kunci yang hilang, api di dapur belum padam' ini juga setan jelas bagi kita, kerana ia berada di dalam hati kita, itulah setan yang mendatang kan was-was.
Itu semua mahluk (ciptaan0 Allah untuk kita kenal dan pelajari, apa yang tersirat di sebaliknya (hakikat yang sebenarnya). Marilah kita sama-sama menkaji apakah ilmu yang maseh tersirat di dalam Al-Quran.

Ahad, 11 Julai 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyaya



Tak akan bergerak sesuatu melainkan Allah memberi kuasa untuk bergeraknya sesautu. Setiap hari dalam zikir kita menyebut 'LAHUALA QUWATA ILLA BILLAH' bermaksud: Tiada daya kekuatan melainkan dengan (kekuatan) Tuhan (ALLAH). Ini satu peringatan untuk diri kita bahawa kita tak akan bergerak sedikit pun tanpa kuasa yang ALLAH berikan kepada kita. Dan perlulah kita usaha untuk mendapatkan kuasa (tenaga) dengan makan dan minum benda yang mendatangkan manafaat kepada kita. Bila kita ada tenaga maka bebas kita bergerak dan ada halangan dan sempadan yang perlu kita tempuh, ALLAH yang menetapkan sempadan dan halangan untuk memuliakan manusia, mahluk sebaik-baik kejadian.

Apabila kita melampaui batas sempadan jadilah kita manusia yang hina, berusahalah untuk mendapat yang terbaik untuk diri kita. Logiknya jika ada api yang membakar bangunan di hadapan kita, tak seorang pun meluru k dalam api, jika ada tentu orang itu tak sium, hilang akal dan tak cukup sifat atau gila. Semua orang berdoa jauhkan dari api dan berusaha menjauhkan diri dari api. Tak pernah ALLAH takdirkan orang yang luar dari api masuk ke dalam api. Jika adapun itu satu pengajaran kepada kita dan mesti kita fikir kenapa dan mengapa, bukannya hanya menyatakan 'sudah takdir', 'dah tetapan ALLAH' dengan begitu sahaja. Kerana ALLAH tudak mendzalimi mahluknya. Dan sesuatu terjadi di alam ini adalah untuk pengajaran kita.

Ada sesetengah orang yang kurang ilmu menyatakan: "Aku jadi begini kerana dah takdirkan. ALLAH yang mengerakan aku, kalau ALLAH tak menggerakan tentu aku tak bergerak". Sebenarnya tidak tepat beranggapan begitu. Kajilah semula adakah melakukan sesautu dengan memikir nya dahulu menggunakan akal dan ilmu, atau memikirnya dengan otak dan nafsu. Yang menguna otak dan nafsu adalah binatang, jika kita buat begitu jadi lebih teruk dari binatang. Di sini bolehkah kita menyalahkan takdir? Jawab nya tidak sekali-kali tidak, kerana ALLAH telah kurniakan kepada kita akal dan ilmu yang menjadi alat untuk kita mengukur baik buruknya sesuatu. Berfikirlah kita dengan akal dan ilmu, bukan dengan otak dan nafsu.