Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 11 Julai 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyaya



Tak akan bergerak sesuatu melainkan Allah memberi kuasa untuk bergeraknya sesautu. Setiap hari dalam zikir kita menyebut 'LAHUALA QUWATA ILLA BILLAH' bermaksud: Tiada daya kekuatan melainkan dengan (kekuatan) Tuhan (ALLAH). Ini satu peringatan untuk diri kita bahawa kita tak akan bergerak sedikit pun tanpa kuasa yang ALLAH berikan kepada kita. Dan perlulah kita usaha untuk mendapatkan kuasa (tenaga) dengan makan dan minum benda yang mendatangkan manafaat kepada kita. Bila kita ada tenaga maka bebas kita bergerak dan ada halangan dan sempadan yang perlu kita tempuh, ALLAH yang menetapkan sempadan dan halangan untuk memuliakan manusia, mahluk sebaik-baik kejadian.

Apabila kita melampaui batas sempadan jadilah kita manusia yang hina, berusahalah untuk mendapat yang terbaik untuk diri kita. Logiknya jika ada api yang membakar bangunan di hadapan kita, tak seorang pun meluru k dalam api, jika ada tentu orang itu tak sium, hilang akal dan tak cukup sifat atau gila. Semua orang berdoa jauhkan dari api dan berusaha menjauhkan diri dari api. Tak pernah ALLAH takdirkan orang yang luar dari api masuk ke dalam api. Jika adapun itu satu pengajaran kepada kita dan mesti kita fikir kenapa dan mengapa, bukannya hanya menyatakan 'sudah takdir', 'dah tetapan ALLAH' dengan begitu sahaja. Kerana ALLAH tudak mendzalimi mahluknya. Dan sesuatu terjadi di alam ini adalah untuk pengajaran kita.

Ada sesetengah orang yang kurang ilmu menyatakan: "Aku jadi begini kerana dah takdirkan. ALLAH yang mengerakan aku, kalau ALLAH tak menggerakan tentu aku tak bergerak". Sebenarnya tidak tepat beranggapan begitu. Kajilah semula adakah melakukan sesautu dengan memikir nya dahulu menggunakan akal dan ilmu, atau memikirnya dengan otak dan nafsu. Yang menguna otak dan nafsu adalah binatang, jika kita buat begitu jadi lebih teruk dari binatang. Di sini bolehkah kita menyalahkan takdir? Jawab nya tidak sekali-kali tidak, kerana ALLAH telah kurniakan kepada kita akal dan ilmu yang menjadi alat untuk kita mengukur baik buruknya sesuatu. Berfikirlah kita dengan akal dan ilmu, bukan dengan otak dan nafsu.

2 ulasan:

deep berkata...

ermm...mcmana pulak dgn citer yg mengatakan syaitan asalnya baik,kemudian menjadi ingkar dan khianat...apa yg tersirat ??

deep berkata...

ermm...mcmana pulak dgn citer yg mengatakan syaitan asalnya baik,kemudian menjadi ingkar dan khianat...apa yg tersirat ??