Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 3 Oktober 2010

PANDANGAN BARU

SALAM SEJAHTERA KE ATAS SEMUA
Dalam post yang dahulu saya mentakwilkan 'apa - apa yang buruk yang terlintas dihati kita' sebagai syaitan dalam diri kita. Setelah saya menkaji semula lebih tepat bagi saya iaitu segala sifat nafsu yang buruk itu sebagai Iblis yang mengoda. Jika iman kita kuat dan berfikir dahulu pasti kita jadi Insan, jika kita lemah iman dan tidak menguna akal maka jadilah kita syaitan.
Inilah bukti bagi diri saya bahawa kita sentiasa dalam keadaan belajar peningkatan ilmu dan peningkatan cara berfikir. Seperti orang-orang dahulu contohnya Imam Shafie yang mempunyai pandangan awal dan pandangan baru. Kita sebagai orang awam juga perlu lah meningkatkan ilmu dengan belajar dan terus belajar hingga kembali ke Rahmatullah. Ada hadith mengatakan 'berfikir saat itu lebih baik dari beribadat seribu tahun'
Janganlah kita jadi jahil berpegang bulat-bulat pada hadith dan meninggalkan shari'at. Berpegang lah kita pada empat pekara shariat, tarikat, makrifat dan hakikat. Jika ditingal satu maka pincanglah kita.Dan ingat lah pada ayat suci pertama yang diturukan kepada Nabi Muhamad s.a.w 'Iqrak' yang bermaksud bacalah dan ditawilkan sebagai belajarlah.

Dan saya mengingatkan apa-apa yang ditulis disini bukan lah wajib diterima pakai, tapi untuk dikaji dan dibincangkan agar dapat menguatkan iman dan takwa kita kepada ALLAH. Andainya apa yang saya tulisini membingungkan dan menyesatkan akal maka tinggalkan lah , kembali lah kepada al-Quran dan Hadith. DAN SALAM SEJAHTERA KEATAS SEMUA DAN MENDAPAT RAHMAT DAN BARAKAH ALLLAH.

Tiada ulasan: